MESTI LEBIHKAN TUMPUAN PADA USAHA PROMOSI/ IKLAN

MESTI LEBIHKAN TUMPUAN PADA USAHA PROMOSI/ IKLAN
Promosi adalah kunci kepada kejayaan perniagaan anda. Ia mesti dilakukan secara berterusan untuk memberitahu dan mengingatkan pelanggan anda seterusnya membeli barangan anda.

RUMAH TAMU FAMILY KOTA BHARU KELANTAN RM150 SEHARI

RUMAH TAMU FAMILY KOTA BHARU KELANTAN RM150 SEHARI
Destinasi penginapan terbaik untuk anda sekeluarga...layari RUMAHTAMUFAMILY@BLOGSPOT.COM

Gaji bulanan anda tetap ditakuk lama namun kos bulanan anda semakin bertambah. Berapakah pendapatan bulanan yang relevan buat anda untuk meneruskan keselesaan hidup anda?

RM10,000 SEBULAN: MUSTAHIL ATAU TIDAK?

PERSOALAN ini amat sukar untuk dijawab, banyak pro dan kontra. Tujuan saya hanyalah membuka topik sebagai satu bahan perbincangan/perdebatan demi membuka minda kita semua. Ramai orang di luar sana sudah mampu mengecapi pendapatan lima angka ini namun bila pula kita semua ingin menikmatinya? Justeru, bermula dari hari ini marilah sama-sama kita fikirkan langkah-langkah, formula-formula atau pun idea-idea positif untuk menuju matlamat tersebut.

Dari kacamata saya, sudah nampak idea atau teori ke arah matlamat tersebut tetapi secara praktikalnya belum dilaksanakan lagi. Mungkin keterbatasan dari segi masa dan modal sahaja yang menjadi penghalangnya. Kalau tidak dipecahkan ruyungnya, manakan mendapat sagunya. Risikonya amat tinggi baik aspek modal mahupun tenaga kerja. Fikir punya fikir maka datanglah beberapa idea untuk dilaksanakan.

Tidak ada cara lain lagi melainkan membuat sedikit pengorbanan biarpun menyedari bebgerapa risiko besar menanti. Salah satu ideanya ialah MELAKUKAN DUA KERJA DI DALAM SUATU MASA. Sebagai contohnya kita membuka sebuah kedai pada siang hari manakala petang/malam kita melakukan lain seperti berniaga di pasar-pasar malam. Persoalannya, adakah kita mampu atau sanggup untuk melakukannya? Sesiapapun jika ditanya persoalan ini pasti MAMPU, namun untuk mempraktikkannya adalah BELUM TENTU. Di sini adalah tanggungjawab saya untuk merungkaikan persoalan tadi sebagai jawapan yang POSITIF @ MAMPU @ BOLEH. Kita tidak mahu lagi timbul jawapan yang NEGATIF @ TIDAK MAMPU @ TIDAK BOLEH.

Ideanya ialah : 1) PENDAPATAN KASAR HARIAN RM700 DAN KE ATAS. 2) BIJAK MEMAKSIMAKAN UNTUNG BERSIH. 3) BIJAK MEMBUAT PEMBELIAN/ KURANGKAN PEMBELIAN. 4) FIKIRKAN BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT ITU KERANA IA BUKAN MUSTAHIL.

contoh kedai 1
ukuran: 20x10 @12x20 kp
kadar sewa: rm300-rm600
lokasi: mudah dikunjungi @ dekat kawasan sekolah (rendah lagi baik)
barang niaga: fotostat & kad prabayar (sampingan), sticker, alat tulis berkerektor , mainan dan jam (utama)
Purata pendapatan harian: rm400
Purata pendapatan bulanan: rm12,000
Purata pendapatan bersih bulanan: rm6000
Pendapatan sampingan tidak boleh dikira untuk pendapatan harian @ bulanan.
(Ini adalah contoh sahaja)

contoh kedai 2
Purata pendapatan harian: rm300
Purata pendapatan bulanan: rm9,000
Purata pendapatan bersih bulanan: rm4,500
(ini adalah contoh sahaja)

contoh kedai 3 dan 4
Purata pendapatan bulanan: rm3,000
Purata pendapatan bersih bulanan rm1,000
(ini adalah contoh sahaja)

Marilah kita sama-sama fikirkan bagaimana untuk menjayakana idea-idea di atas walaupun secara teori saya sudah nampak cara-caranya tetapi yang jelasnya ianya memerlukan amalan secara praktikal.

DUA PESERTA PERTAMA KURSUS USAHAWAN ASAS PASAR MALAM 2009/10 SESI DISEMBER 2009

DUA PESERTA PERTAMA KURSUS USAHAWAN ASAS PASAR MALAM 2009/10 SESI DISEMBER 2009
INILAH WAJAH DUA PESERTA SULUNG KURSUS INI. BERBEKALKAN PENGALAMAN DIKUTIP SELAMA BERADA DI SINI KEDUA-DUA PESERTA BERAZAM UNTUK MENJADIKAN PERNIAGAAN SEBAGAI PUNCA REZEKI DALAM MASA TERDEKAT INI.

MESTI BERMULA DENGAN YANG KECIL JANGAN MULAKAN DENGAN YANG BESAR

JANGAN hendak memulakan perniagaan dengan skil besar-besaran sebaliknya mulakan dengan yang paling kecil barulah anda mengetahui selok-belok perniagaan itu sendiri. Ini adalah pendapat peribadi saya agar anda tidak menanggung risiko yang tinggi di kemudian hari. Daripada perbualan di kedai-kopi ke pejabat-pejabat ( atau di mana-mana sahaja ) jelas pada tanggapan saya, kebanyakan bangsa kita berfikiran bahawa skil perniagaan itu sangat besar. Berikut adalah beberapa persoalan biasa yang pernah diajukan oleh kawan-kawan atau saudara mara saya setakat ini:
1) Modal nak niaga ni besar lah, agak-agak RM10,000 boleh cukup ke?
2)Gaji aku sekarang RM1,200 sebulan, adakah perniagaan yang boleh berikan pendapatan bulanan lebih rm10,000 sebulan. Kalau ada aku nak join.?
3)Aku kalau untung besar boleh lah niaga kalau kecil tak berbaloi baik lepak kedai kopi saja.
4)Bukan senang nak start niaga, modal mesti besar, kedai pulak kena sewa, pekerja lagi?
5)Tak reti nak mula niaga, kan jatuh terduduk nanti. tak berani nak ambil risiko.
KESIMPULAN:
Kalau anda nak bermula tak perlu modal besar, jadual kerja boleh disusun, pendapatan pasti ada tak kira kecil atau besar. Yang penting hati anda katakan mahu untuk mencuba dan berusaha keras. Berbekalkan modal serendah RM300 pun anda sudah mampu untuk menjalankan perniagaan milik anda sendiri. Andalah tuan punya dan andalah kulinya sendiri.

MASA UNTUK ANDA LAKUKAN HIJRAH (PERUBAHAN) TELAH TIBA

MASA UNTUK ANDA LAKUKAN HIJRAH (PERUBAHAN) TELAH TIBA
Peluang sudah ada di depan mata. Modal kecil. Waktu fleksibel. Kurang letih. Boleh dijalankan segera. Pasti beroleh keuntungan ( kecil atau besar terpulang kepada usaha anda ). Boleh dilakukan sendiri tanpa melibatkan orang lain. BELUM CUBA BELUM TAHU, DAH CUBA BARU ANDA PUAS HATI.

MULAKAN DARI YANG KECIL

TANAMKAN di minda dengan target yang paling minima, iaitu RM30 sehari. Biarlah RM30 itu stabil dan berkekalan. Semangat anda biarlah kuat. Untuk berjaya anda perlukan sedikit pengorbanan. Tahap 1: RM30 (sehingga 6 bulan pertama) Tahap 2: RM50 (6-12 bulan) Tahap 3: RM100 (1-2 tahun) Tahap 4: RM150 ke atas (2 tahun ke atas)

BUSINESS IS SIMPLE

UNGKAPAN ini saya pinjam dari kata-kata pemilik Rangkaian Pasaraya Halal Pak Haji dan terus menambat hati saya untuk teruskan usaha berniaga. Beliau menerangkan bahawa " Urusan Perniagaan Adalah Sesuatu MUDAH ".
Pertama kali saya melihat ungkapan itu saya tertawa sendiri kerana tidak menyangkakan urusan perniagaan itu adalah perkara yang senang. Pemilik Rangkaian Pasaraya Pak Haji ( saya tak ingat namanya ) menyatakan setiap bulan beliau akan membuka perniagaan baru. Bagi saya, kejayaan yang dilakarkan itu sudah pasti ada cara dan formulanya sendiri. Itu adalah sebahagian petikan ataupun cerita yang telah membuka minda saya.

Kesimpulannya, baca dan selidik dulu setiap benda sebelum kita membuat sebarang andaian agar anda tidak tersilap langkah. Pandanglah POSITIF dan KE ARAH DEPAN dan jangan sesekali berundur.

KEPERLUAN TERPENTING UNTUK PERNIAGAAN ONLINE

KEPERLUAN TERPENTING UNTUK PERNIAGAAN ONLINE
Inilah senarai peralatan terpenting untuk bermula dalam perniagaan internet 1) Kamera. Jika hendak memudahkan kerja anda sila dapatkan dengan segera game PMP gambar di atas kerana ia boleh berfungsi sebagai KAMERA dan MP4. 2) Telefon berkamera. 3) Jika ada duit lebih sila beli komputer riba. 4) Broadband atau Streamix, jika tiada pun anda boleh ke kafe siber dengan kadar sewa rm2 sejam. PERTAMA SEKALI, BELILAH GAME PMP DI ATAS (RM200, RM250, RM400) NANTI ANDA BARU TAHU BANYAK KEGUNAANNYA. BELUM CUBA BELUM TAHU. HUBUNGI MAN 017-3091825

LANGKAH KE ARAH KEJAYAAN

LANGKAH KE ARAH KEJAYAAN
Lihat gambar di atas pasti anda ketawa atau pun mencebikkan bibir anda. OK ketawalah sepuas hati anda. Benda di dalam gambar itu banyak gunanya untuk anda jika ingin berniaga di internet. Berminat hubungi saya 017- 3091825 ( Man )

BISNES: TARGET BIAR REALISTIK

Ibarat menjala ikan mestilah mahukan ikan yang banyak dan besar namun biarlah kena pada lubuk dan sungainya. Maksudnya seperti mengukur baju di badan sendiri. Tepuk dada tanyalah selera. Pepatah itu juga sesuai diaplikasikan di dalam bidang perniagaan. Sasaran realistik di sini ialah RM30 sehari (target ketika mula niaga)

Khamis, 28 Januari 2010

70% USAHA MESTI UNTUK PROMOSI

PROMOSI, promosi dan promosi. Itulah resipi untuk berjaya. Banyak teknik promosi boleh digunapakai termasuk cara lama dan baru. Promosi yang berkesan, tersusun dan berterusan yang terus kepada khalayak sasaran pastinya memberikan pulangan yang lumayan. Contoh promosi yang berterusan dewasa ini ialah bagaimana Dr Rozmey Che Meh mempromosikan cabang perniagaannya dan pemilik minyak wangi One Drop Perfume membuat testimoni pelangan-pelangannya. Produk yang dikeluarkan oleh Dr Rozmey dan One Drop bukanlah hebat sangat namun keupayaan mereka memanipulasikan pasaran adalah tonik terbaik untuk memasarkan produk tersebut. Produk keluaran mereka adalah biasa namun kebijaksanaan dan keberanian mereka menghebahkannya perlu diteladani.
Strategi untuk memperkenalkan produk saya ialah:

Isnin, 18 Januari 2010

FORMULA DUIT MUDAH

SEBENARNYA ini adalah satu idea yang telah lama saya fikirkan namun belum tiba masanya untuk dipraktikkan. Sacara teorinya, keyakinan untuk menjayakan idea ini adalah amat tinggi (80g) dan amat yakin ia akan menemui kejayaan. Idea yang saya cadangkan ini mungkin telah lama berlegar-legar di fikiran anda yang di luar sana namun praktikalnya sahaja yang belum dijelmakan. INILAH IDEA SAYA atau FORMULA DUIT MUDAH yang saya syorkan:

1) PERNIAGAAN PREMIS TETAP
Maksud saya ialah anda perlu/wajib menyewa sebuah premis perniagaan sekurang-kurangnya yang berukuran 12 x 12. Carilah anggaran sewaan di bawah rm800 dan lokasi yang menjadi laluan orang ramai atau mudah dikunjungi. KUTIPAN HARIAN JANGKA PANJANG seharusnya paling minima rm600 sehari.

2) PERNIAGAAN TANPA PREMIS TETAP

Sabtu, 16 Januari 2010

2010: TARGET REALISTIK

SP RM100 & PM RM100

Selasa, 20 Oktober 2009

Ungkapan Semangat daripada Tokoh yang Berjaya

"Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar"
"Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik."

Ungkapan: Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, 33, Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Camna Nak cari duit di internet







Masih teringat lagi kisah lucu tentang bisnes internet, ada yang dengan cogan kata "duduk diam-diam dapat duit" membuatkan hatiku ingin menjalankan bisnes ini. Aku dah cuba tapi hasilnya tiada, Itu kisah lama. Masa tu aku pun langganlah Streamix tapi habuk pun tak ada, buat menghabiskan duit bulanan bayar bil adelah.

Kini, dengan azam baru dan bab baru, aku nak buka lembaran baru. Bermula 19 Oktober, aku pun langganlah Maxis Broadband dengan bayaran bulanan RM108. Niatku hanya satu, iaitu ingin berjaya dan menambah pendapatan melalui internet. Dapat sikitpun aku tak kisah kerana aku masih ada lagi perniagaan nyata, iaitu perniagaan menjual alat permainan kanak-kanak dan jam tangan. Campur tolak darab bahagi, kira berbaloilah juga perniagaan nyata tu.

Aku dah cuba iklankan barangan di Mudah.Com namun hingga kini hasilnya belum nampak di mata. Justeru, tanpa berlengah lagi aku mencuba pula mencipta blog perniagaan sendiri. Blog tu baru sahaja dicipta dan belum mendapat sambutan lagi. Tapi aku yakin sedikit masa ia alam membuahkan hasilnya. Nak berniaga ni kita kena buat semua perkara dan pelbagaikan bidang agar mendapat untung yang lebih. Sambil-sambil masuk ruang sembang kat Yahoo Massenger adalah sesekali tu aku menjemput rakan-rakan masuk ke blogspot aku, tu pun ramai yang tak yakin untuk melihatnya. Jika anda berminat untuk melihatnya, masuklah ke Mulaniaga09.blogspot.com dan KedaiMainan357.blogspot.com.

Aku ni diibaratkan senjata dan peluru dah ada di tangan tapi tak tahu nak gunakan picunya. Itulah ibaratnya perniagaan internet ini dengan aku, barangan untuk dijual sudah ada di depan mata namun belum tahu selok belok untuk menjualnya. Tapi sekali petik nanti pasti peluru tu lambat laun akan mengena juga, cuma menunggu mangsanya besar atau pun kecil. Kalau dapat yang besar kira beraya sakanlah kalau dapat yang kecil pun dah kira nasiblah. Janji dapat juga habuannya dari pemburuan itu. Lihatlah beberapa contoh gambar barangan yang berada dalam senarai jualan aku setakat ni, selain beratus-ratus jenis barangan yang lain. Semuanya hanya menuggu masa untuk diiklankan dan seterusnya menambat hati pelanggan.

Pengikut